Cara Buang Angin Dalam Badan Dengan Berkesan

Kembung perut

Adakah anda selalu mengalami masalah angin dalam badan? Perut terasa kembung, kerap sendawa, terasa loya dan lesu. Pasti anda tercari-cari cara buang angin dalam badan. 

Biasanya, ramai orang akan pergi berurut untuk membuang angin tetapi masalah ini tidak ada kesudahan. 

Ramai tidak sedar bahawa penyakit ‘angin’ ini sehingga ia berlarutan menjadi teruk.

Awal-awal pandang remeh sahaja kerana berfikir mungkin puncanya disebabkan lambat makan atau stres. 

Ikuti artikel ini untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang cara buang angin dalam badan dengan berkesan.

Apa Punca Masalah Angin?

Sekiranya masalah angin dalam badan tidak dirawat, ia bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan, tetapi boleh menjadi punca kesakitan atau bisa pada badan. 

Antara punca masalah angin dalam badan seseorang:

1. Pemakanan

Pemakanan merupakan antara punca terbesar yang menyebabkan masalah angin dalam badan.

Elakkan daripada mengambil makanan yang berangin iaitu yang mengandungi:

    • Gula raffinose – makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks

    • Fruktos – makanan seperti brokoli dan bunga kubis 

    • Laktos – gula semula jadi yang terdapat dalam susu dan makanan yang mengandungi susu seperti keju

Ubah amalan pemakanan amat membantu mengurangkan jumlah gas yang dihasilkan oleh badan dan mengeluarkan gas dengan lebih cepat melalui sistem anda.

2. Gaya Hidup

Gaya hidup yang tidak aktif juga antara puncanya. Jika jarang bersenam, badan pun terasa lesu sehingga banyak angin. 

Selain itu, amalan seperti makan ketika bimbang, cemas dan kecewa boleh menyebabkan ketidakhadaman dalam perut. 

Cara Buang Angin Dalam Badan

Perut kembung, kerap sendawa dan badan rasa berbisa akan menyebabkan seseorang itu berasa tidak selesa dan lesu. 

Masalah angin biasanya boleh dirawat dengan rawatan pemakanan dan pengubahsuian cara hidup.

Penyelesaian mungkin berbeza untuk setiap individu tetapi cubaan demi cubaan pasti akan jumpa solusi yang sesuai.

1. Minuman Halia

cara buang angin dalam badan

Minum air halia yang dicampur lemon dan madu untuk masalah penghadaman dan angin dalam badan.

Halia merupakan sejenis herba yang terkenal dengan keupayaan untuk melegakan gangguan pencernaan.

Mengandungi enzim yang membantu memecahkan protein dengan lebih cekap bagi menyokong perncernaan yang sihat.

Minuman halia antara petua yang sering diamalkan oleh ramai orang. 

Sama ada minuman semula jadi atau minuman halia yang telah dipelbagaikan.

2. Makan Bawang Putih

Kupas seulas bawang putih dan makan mentah-mentah. Badan anda akan terasa hangat dan angin beransur keluar.

Jika tidak mahu makan secara mentah, anda boleh bakar bawang putih tetapi jangan sehingga hangus.

3. Bersenam

Selain itu, senaman dan regangan juga mampu untuk membuang angin dalam badan.

Anda boleh lakukan senaman pergerakan yoga iaitu Relieving Wind Pose. Caranya:

    • Baring terlentang di atas lantai 

    • Tarik salah satu lutut ke arah dada dan pegang dengan kedua-dua tangan

    • Tarik lutut perlahan-lahan untuk lebih dekat ke arah dada, pegang dan ulang dengan kaki lain 

Pergerakan ini dipercayai boleh membantu melepaskan gas yang tersekat di perut dengan mudah. Selain itu, ia juga berkesan melegakan sakit belakang di bahagian pinggang.

4 .Makan Sup Panas

Nak petua buang angin dalam badan yang sedap? Ya, inilah. Makan sup panas.

Hirupan sup panas mampu menghilangkan lesu yang berpunca daripada angin dalam badan. 

Sanggup atau tidak sahaja untuk cuba petua diatas. Jangan bimbang, kami ada cara lain yang juga berkesan. 

Teruskan membaca artikel ini.

Produk Membantu Buang Angin Dalam Badan

Jika cara diatas agak leceh, anda boleh mengambil produk yang selamat untuk membantu membuang angin dengan berkesan.

Produk daripada Jamu Mak Dara merupakan produk yang lulus KKM dan selamat digunakan.

    • Kopi Mak Dara 

jamu mak dara kapsul

Kopi Mak Dara ialah minuman kopi herba yang mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan kepada si peminum. 

    • Membantu meningkatkan tenaga dan kecergasan tubuh. 

    • Membantu menyingkirkan toksin dari tubuh badan.

    • Membantu mengukuhkan otot dan sendi badan. 

    • Membantu mengatasi kelesuan (terutama ketika haid). 

    • Membantu memelihara keremajaan kulit. 

Diperkaya dengan ekstrak akar serapat, kopi herba ini dapat memberi khasiat, keselesaan dan meningkatkan tenaga kepada wanita yang mengalami masalah angin dalam badan. 

Kopi Mak Dara ini boleh diminum oleh lelaki dan perempuan. Rasanya tidak pahit, sangat sedap dan boleh ‘addicted’.

Selain daripada mengatasi masalah angin, minuman ini juga kaya dengan khasiat untuk kulit dan wajah. 

    • Tungku Herba

set tungku bersalin

Tungku Kukus Herba Ibu Halimah ini diperbuat daripada herba dan rempah ratus yang menjadikan ianya sebagai bahan pemulih semula jadi. 

Selain itu, ia juga digunakan untuk pelbagai kebaikan kerana kehangatan dari batu tungku ini dapat membuka liang-liang roma.

Ia seterusnya memudahkan penyerapan kebaikan herba dan rempah ratus yang diperlukan oleh tubuh.

Bahagian yang disarankan untuk dituam ialah 

    • bahagian peranakan

    • bahagian keliling payudara

    • bahagian tengkuk

    • bahagian belakang pinggang

Jangan biar masalah angin terperam lama dalam badan kerana angin ini lah punca cepat letih, lemau dan perut buncit.

Klik pada pautan di bawah ini jika anda berminat untuk mendapatkan produk Jamu Mak Dara.

Layari Facebook kami untuk update terkini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.

Top Img back to top