Elok ke Ambil Jamu Selepas Bersalin? Ini Jawapannya!

jamu selepas bersalin

Betulkah makan jamu selepas bersalin elok untuk para ibu?

Perubahan yang drastik selepas mengandung selama 9 bulan, diikuti pula dengan proses bersalin, pasti akan membuatkan badan rasa penat.

Oleh itu, selain daripada mendapatkan rawatan daripada pakar perubatan, ramai juga para ibu yang memilih untuk mengamalkan rawatan alternatif dengan makan jamu.

Jom lihat manfaat-manfaat yang akan kita dapat dengan mengamalkan pengambilan jamu selepas bersalin!

Perubahan Pada Badan Selepas Bersalin

jamu selepas bersalin

Untuk bakal ibu di luar sana, melakukan persediaan awal dari segi fizikal, mental dan emosi sebelum anda melahirkan bayi adalah sangat penting.

Ini kerana, dengan kehadiran cahaya mata anda, badan anda juga akan mengalami perubahan yang drastik di samping berlakunya proses pemulihan.

Apakah perubahan-perubahan fizikal tersebut yang bakal ibu perlu hadapi selepas bersalin?

1. Luka Pembedahan

Proses kelahiran bayi anda mungkin akan dilakukan sama ada kaedah normal atau caesarean.

Ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan atau caesarean akan mempunyai risiko berlakunya kemerahan, bengkak dan nanah pada bahagian luka.

Bukan itu sahaja, terdapat juga para ibu yang mengalami demam dan merasakan kesakitan pada bahagian pembedahan.

Namun, jangan risau kerana anda akan dibekalkan dengan ubat-ubatan yang mampu untuk mengurangkan rasa sakit tersebut.

Pastikan anda memaklumkan sebarang ketidakselesaan kepada pakar perubatan untuk memastikan badan anda dapat sembuh dengan baik.

2. Darah Nifas

Darah nifas merujuk kepada darah yang keluar selepas anda melahirkan bayi.

Ia juga disebut sebagai “lochia” dan pada kebiasaanya akan keluar lebih banyak secara berketul-ketul berbanding darah haid yang sering dialami oleh para wanita pada setiap bulan.

Namun, ia akan berkurangan secara perlahan-lahan. Seterusnya, ia juga akan mengalami pertukaran warna di mana ia akan berubah warna daripada perang ke kekuningan.

Di samping itu, ketika anda mengalami darah nifas, pastikan anda sentiasa menukar pad.

Sekiranya berlaku pendarahan yang terlalu banyak atau ia mempunyai bau yang sangat kuat, laporkan kepada doktor anda untuk rawatan yang seterusnya.

3. Rengat

Tahukah anda apa itu rengat? Rengat atau “after pains” di sini merujuk kepada rasa sengal atau ngilu pada bahagian bawah abdomen selepas melahirkan bayi.

Perkara ini berlaku akibat proses pengecutan rahim selepas bersalin dan ia akan dapat dirasai dengan lebih ketara ketika ibu sedang menyusukan bayi.

Namun, rahim anda akan pulih dan kecut kepada saiz asal dengan sepenuhnya dalam tempoh 6 minggu dari tempoh bersalin.

4. Bengkak Susu

Anda mungkin pernah terdengar para ibu mengatakan bahawa payudara sering bengkak dan puting terasa lebih sensitif berbanding biasa selepas bersalin.

Anda tidak perlu risau kerana ia adalah normal dan anda masih boleh terus menyusukan bayi anda.

Walau bagaimanapun, jika anda mendapati payudara anda semakin bengkak dan mengalami kemerahan yang teruk, segera berjumpa dengan doktor.

Bukan itu sahaja, kesakitan juga mungkin disertai dengan demam-demam. Sekiranya anda mengalami tanda-tanda ini, dapatkan rawatan dengan segera.

5. Masalah Terkucil

Rata-rata wanita berhadapan risiko masalah terkucil selepas proses bersalin di mana mereka tidak dapat kawal pembuangan air kecil.

Oleh kerana otot pelvis mengalami kerenggangan selepas bersalin maka masalah senang terkucil boleh berlaku ketika batuk ataupun ketawa.

Sekiranya anda mengalami masalah ini, jangan rasa malu kerana ia adalah normal bagi wanita yang baru melahirkan bayi.

Untuk menanganinya, anda boleh belajar membuat senaman kegel. Senaman ini mampu untuk mengelakkan masalah ketidak upaya menahan kencing (urinary and faecal incontinence).

Baca Juga

Jamu Untuk Wanita Sebagai Penjagaan Kesihatan Dalaman

Manfaat Makan Jamu Selepas Bersalin

jamu selepas bersalin

Sering kita dengar bahawa makan jamu selepas bersalin adalah sangat digalakkan. Namun, apakah sebenarnya khasiat dan kebaikan jamu ini?

Jamu merupakan sejenis makanan tambahan yang berasaskan herba asli dan bahan semulajadi tanpa bahan aditif.

Jamu juga mempunyai kandungan herba-herba panas yang sangat membantu proses pemulihan bagi wanita-wanita yang baru bersalin.

Ini kerana, kehangatannya sedikit sebanyak dapat mengurangkan risiko sakit, demam, sakit urat serta masalah darah tidak lancar.

Selain itu, jamu juga sering diamalkan kerana ia mempunyai kandungan herba-herba yang berfungsi khas dalam merawat rahim.

Sebagai contoh, ia membantu mencuci sisa-sisa darah kotor yang tidak dapat keluar sepenuhnya selepas bersalin.

Bukan itu sahaja, jamu juga dikatakan mampu mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko uterus prolapsed atau rahim jatuh.

Tambahan pula, ia juga membantu melancarkan perjalanan susu ibu serta memulihkan luka-luka dalam rahim.

Bukan itu sahaja, jamu juga bermanfaat dalam melancarkan peredaran darah, pembuangan angin serta memulihkan pandangan mata kabur selepas bersalin.

Pilihan Jamu Mak Dara Yang Terbaik

jamu mak dara

Berminat untuk mengamalkan pengambilan jamu selepas bersalin?

Kami sarankan anda dapatkan Jamu Mak Dara Asli Kapsul, pilihan jamu yang terbaik di Malaysia!

Apa itu Jamu Mak Dara?

Jamu Mak Dara diperkaya dengan ramuan produk herba tradisi secara turun temurun. Ia telah berjaya mendapat tempat di hati pengguna selama lebih daripada 18 tahun! Hebat bukan?

Antara keistimewaan utamanya adalah membantu individu memperbaiki kesihatan bukan sahaja luaran tapi juga dalaman mereka.

Anda tidak perlu takut dengan kandungannya kerana ia diformulasikan dengan menggunakan rumusan organik dan formula warisan herba semula jadi.

Bukan itu sahaja, produk herba ini juga merupakan gabungan warisan kontemporari, teknologi saintifik dan rahsia pemakanan dari hutan hujan semulajadi.

Selain daripada membantu pengimbangan hormon wanita, jamu ini juga dapat menyelaraskan dan memenuhi kehendak sistem tubuh badan dengan sewajarnya.

Kenapa anda perlu dapatkan produk Jamu Mak Dara berbanding jamu yang lain?

Sudah tentulah kerana ia dijamin suci. Semua formulasinya mematuhi piawaian dan tidak mengandungi bahan-bahan toksik.

Jadi tunggu apa lagi? 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.

Top Img back to top