Jamu Untuk Wanita Sebagai Penjagaan Kesihatan Dalaman

jamu untuk wanita

Pengambilan jamu untuk wanita kini tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita dan ia juga merupakan satu tradisi yang telah diamalkan sejak turun-temurun.

Ini kerana, pengambilan jamu sudah terbukti berkesan untuk penjagaan kesihatan dalaman dan membuatkan tubuh badan sentiasa segar dan bertenaga.

Jom tengok apa kelebihan pengambilan jamu untuk wanita dan produk jamu yang selamat dan mudah untuk diamalkan!

Kelebihan Makan Jamu Untuk Wanita

kelebihan jamu untuk wanita

1.  Membantu Proses Menguruskan Badan

Inginkan bentuk tubuh badan yang cantik? Makan lah jamu!

Jamu mempunyai kandungan Pueraria Mirifica yang sangat membantu dalam proses menguruskan badan dan juga untuk mencapai bentuk badan yang ideal.

Ini kerana, kandungan tersebut dikatakan mampu untuk mencantikkan lagi bentuk badan terutamanya pada bahagian payudara dan punggung.

Namun untuk mencapai berat badan ideal, pengambilan jamu masih juga perlu disusuli dengan diet dan rutin pemakanan yang sihat.

2.  Membantu Menguatkan Rahim

Rahim, juga disebut sebagai uterus adalah salah satu organ utama dalam sistem peranakan wanita dan ia memainkan peranan penting dalam asas kehidupan manusia.

Terdapat beberapa cara untuk menguatkan rahim dan salah satu caranya adalah dengan mengambil makanan yang mampu menguatkan lagi rahim seperti jamu.

Ini kerana, jamu dikatakan dapat memperelokkan lagi peranakan terutamanya bagi mereka yang pernah mengalami masalah rahim jatuh.

Rahim jatuh ini merupakan kondisi di mana berlaku kelemahan pada tisu sokongan di antara pundi kencing dan dinding faraj.

Oleh itu, sebagai rawatan alternatif, selepas anda mendapatkan urut peranakan, anda juga boleh cuba makan jamu untuk wanita yang ingin membantu menyihatkan semula rahim.

3.  Jamu Adalah Herba Pilihan

Bahan organik dan semulajadi seperti jamu tidak disangkal adalah sangat baik untuk menjamin kesejahteraan keseluruhan badan.

Kebiasaannya, orang dulu-dulu mengamalkan jamu disebabkan oleh khasiat di dalamannya yang baik untuk menstabilkan hormon dan mengecutkan rahim.

Antara bahan yang popular dan sering dijadikan jamu adalah Manjakani, Kacip Fatimah, Ginseng, Pueraria Mirifica dan banyak lagi.

Setiap jamu diperkaya dengan pelbagai khasiatnya yang tersendiri.

4.  Membantu Melancarkan Peredaran Darah

Peredaran darah yang lancar adalah penting bagi mengelakkan darah-darah kotor menjadi punca masalah jerawat, bisu dan pelbagai masalah yang lain berlaku ke atas tubuh badan.

Terdapat beberapa faktor darah tidak beredar dengan lancar antaranya adalah faktor atherosclerosis, kencing manis, pembekuan darah, rutin merokok serta berat badan yang berlebihan.

Langkah pencegahan awal perlulah dilakukan untuk menghindarinya daripada berlaku lebih teruk. Antaranya dengan mengamalkan pengambilan jamu tradisional.

Artikel berkaitan:

Cara Hilangkan Senggugut Tanpa “Pain Killer”

Produk Jamu Mak Dara

Ingin mula makan jamu tapi tidak tahu bagaimana dan produk mana yang sesuai. Kami sedia membantu!

Jom tengok senarai produk Jamu Mak Dara yang anda boleh amalkan untuk kesejahteraan tubuh badan anda.

1.  Jamu Mak Dara Asli Kapsul

jamu mak dara

Kapsul Asli Jamu Mak Dara sesuai diambil bagi mengurangkan masalah yang kerap dihadapi oleh warga wanita, tanpa mengira peringkat umur.

Produk herba ini merupakan gabungan warisan kontemporari, ramuan semulajadi dari hutan serta teknologi saintifik.

Selain daripada membantu mengimbangi hormon badan wanita, ia juga mampu membantu menyelaraskan keperluan sistem badan dengan secukupnya.

Sekiranya dalaman anda sihat, luaran anda juga akan semakin cantik dan berseri-seri.

Kapsul Asli Jamu Mak Dara ini pula adalah suplemen nutrisi yang dipercayai ramai untuk membantu mengekalkan kecantikan dan kesihatan yang berpanjangan.

2. Kopi Mak Dara

kopi mak dara untuk wanita

Selain itu, anda boleh juga mengamalkan Kopi Mak Dara, iaitu kopi herba gabungan warisan kontemporari dan teknologi sains pemakanan.

Ia juga menyediakan ramuan hasil hutan semula jadi kita dan sesuai untuk pengambilan lelaki dan perempuan.

Dengan minum Kopi Mak Dara ini, anda dapat meningkatkan stamina badan. Tambahan pula, ia juga memberi banyak khasiat sampingan untuk fizikal dan dalaman.

3. Pencuci Wanita – Feminine Intimate Wash

jamu untuk wanita

Cegah masalah Miss V dan jangkitan bau pada faraj dengan Feminine Intimate Wash.

Produk gabungan herba-herba berkualiti seperti Sireh, Aloe Vera, Manjakani, Serapat dan Kacip Fatimah ini semua adalah bebas daripada kandungan Sodium Laureth Sulfate (SLS) dan Paraben yang berbahaya.

Seterusnya, Feminine Intimate Wash juga dapat memberi keselesaan pada bahagian faraj yang tahan lama selain membuatkan anda rasa segar sepanjang hari.

Ucapkan selamat tinggal kepada ketidakselesaan dan kegatalan!

4. Gel Perapat – Intimate Gel

jamu untuk wanita

Dengan kandungan Serapat, Manjakani dan Kacip Fatimah yang tinggi, Gel Perapat ini sangat membantu dalam memberikan ketegangan segera pada bahagian intim.

Dengan setiap sapuan Gel Perapat, anda dapat merasakan keintiman luar biasa.

Keistimewaan Jamu Mak Dara

jamu mak dara

Sekiranya anda ingin mendapatkan sumber alternatif yang selamat untuk menjamin kesejahteraan kesihatan tubuh badan, dapatkanlah Jamu Mak Dara segera.

Produk-produk keluaran Jamu Mak Dara merupakan lambang warisan tradisi Melayu yang kini kian dilupakan oleh generasi sekarang.

Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menghidupkannya semula agar tradisi pengambilan herba dan jamu ini tidak ditelan dek zaman.

Anda mungkin beranggapan kebanyakkan jamu yang mengandungi bahan organik dan herba adalah tidak sedap dan sukar untuk dimakan.

Namun, dengan produk-produk Jamu Mak Dara, anda tidak perlu risau kerana ia dihasilkan untuk memudahkan lagi pengguna untuk mengambilnya.

Rasanya juga tidak seteruk yang disangka!

Antara supplement yang sesuai untuk ibu bersalin adalah jamu untuk wanita mengekalkan kesihatan tubuh badan. 

Tambahan pula, semua produk Jamu Mak Dara sudah pun mendapat pengiktirafan HALAL Jakim serta kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Oleh itu, anda tidak perlu lagi ragu-ragu untuk mendapatkannya.

Bukan itu sahaja, formulasi produk Jamu Mak Dara bukan sahaja premium, malah ia juga disokong oleh penyelidikan saintifik yang telah dijalankan secara bertahun-tahun.

Di samping itu, antara keistimewaan utamanya adalah jamu dapat membantu wanita memperbaiki kesihatan bukan sahaja luaran tapi juga dalaman mereka.

Selain daripada membantu pengimbangan hormon wanita, jamu ini juga dapat menyelaraskan dan memenuhi kehendak sistem tubuh badan dengan sewajarnya.

Tunggu apa lagi? 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.

Top Img back to top